Permainan
ini merupakan permainan masa lapang. Di sesetengah tempat ia dipanggil
dengan nama 'main ibu' atau 'main induk'. Permainan sorok-sorok
dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang dan selebih-lebihnya sepuluh
orang. Ia lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Namuin
demikian, ada juga kumpulan kanak-kanak perempuan yang bermain
sorok-sorok sesama mereka. Tujuan permainan ini adalalah untuk mencari
pemain-pemain yang menyorokkan diri di sesuatu tempat.
Dibeberapa
tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok.
Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat
mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain
lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.
Jenis
permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran
rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan
dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari
rakan mereka yang menyorok.
Undian
Sebelum
permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang
dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada
semua pemain.
Cara Bermain dan Peraturan
Setelah
pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di
rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya
secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari
rakan pemain lain yang menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan.
Jika
terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia
dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula.
Sekiranya
pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut
dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu.
Dalam
masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit
induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak
boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan
hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui.
Setelah
seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang
dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain
yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.
Seandainya
pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke
rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan
permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi
sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan
menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan
pencari akan tetap memegang peranannya.
No comments:
Post a Comment