Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada
permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya,
kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur.
Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi.
Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan
tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.
Thursday, 21 March 2013
Gasing
Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan
gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara
satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan
asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah
diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia
pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya
dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan
ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru
bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba
memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia
disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada
istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment